Tuesday, March 10, 2009

Al-kisah nyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Al-kisah nyer... bak kata orang tua-tua jangan mengata orang.
Nanti terkena diri sendiri... Itu lah terjadi pada diri aku nie. Kutuk
punya kutuk aku pun terjebak ngan hobi baru nie. ada lah 2 minggu
3 hari. Citer nyer panjang 3 hari 3 malam pun tak habis.
Aku pendek kan citer.

Salah sorang best pren aku nie. Dia nie bila free time mengayuh
beskal. Dia pun lalu depan rumah aku.. aku pun punya la kutuk.
isk isk... da tua2 pun main beskal. kesian2x... Pastuh aku tengok
makin ramai plak geng dia. pastuh makin canggih beskal dia.

Dia pun intro la beskal dia... "t-bolt".. tuk beginner
(dgn nada hasutan). pastuh kepala aku asik terpikir tuk cari beskal
tuk beginner. Hati pun macam tertarik tuk join basikal gunung nie.

Hampir sebulan aku menuntut ilmu basikal gunung nie.
Aku pun surf la internet cari maklumat pasal mountain bike a.k.a
basikal gunung. al-hamdulillah.. banyak jugak aku belajar pasal
basikal gunung nie.

Apa2 pun thanks to my best pren (Farizal) and the geng
(Bro Kamil and Bro Yakob). At least aku dapat bersukan tuk menjaga
kesihatan aku yg semakin menankutkan nie.

Blog nie diwujudkan dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan berkenaan sukan mountain bike serta
mengeratkan silaturahim diantara jiran2.Sekiranya terdapat
jiran-jiran LEP 7 yang berminat membuat kayuhan bersama-sama.
dipersilakan.. Kami berbesar hati.

Mari la berkayuh bersama2 dengan kami. Ia memang menyeronokan
dan apa yang penting kene ada basikal dulu boleh kayuh sama-sama :)

Contact : Hairi/aboy dkahairi@gmail.com

No comments:

Post a Comment