Saturday, July 17, 2010

Pengalaman lucu sepanjang berbasikal


Gambar yang sempat dirakam.

Setelah sekian lama berhenti berkayuh (3 minggu kot).
aku kembali aktif. Pada malam sebelum kami berkayuh..
kami bersms untuk bertanya kan status kayuh. jadi ke tak jadi?
alhamdullilah akob sms aku yang dia jadi berjayuh dengan aku.
Farizal pula di rumah mentua... al maklum la pengantin baru kata kan..

Selepas sembahyang subuh.. aku terus capai basikal kesayangan aku...
Di pagi yang hening selepas subuh...

Kami pun terus naikan basikal kat atas kereta dan terus ke putrajaya.
lokasi pilihan kami.. dari masjid putrajaya pusing PICC dan masuk ke simpang tasik putrajaya.. dan keluar menara PJH (laluan kebiasaan kami).

Aku berkayuh dengan kawan setaman (akob). kedua-dua kami berbadan bulat.. macam bebola ikan. Namum kami gagah kan diri tuk berkayuh. Setiba di perkarangan masjid. tayar bergolek tepat pukul 8:15am

Bila berkayuh sampai didepan palace oh justice..
kami terserempak pontianak harum sundal sambil mengambil gambar.

Akob: nie karakter kartun japan...

AKU: yeke? ye la kot.. nasib baik comel pontianak tuh...

Bila tengah kayuh.. akob bagi tau tayar basikal dia tak ada angin (tayar belakang).
Fuh...jauh nak patah balik... akob pun gagahkan diri kayuh sampai PICC..
dengan purata kelajuan 10kmj.. (kayuh santai). terpaksa la.. aku memperlahan kan kelajuan aku.

Cuaca pagi itu, berangin sepoi-sepoi. fuh... best nyer.
bila da habis pusing PICC kami masuk simpang ke tasik putrajaya...

secara tiba-tiba... macam mat rempit dari belakang potong sayur kami di laluan tasik putrajaya.
hampir 7 buah basikal potong kami... dengan bunyi tayar basikal (macam bunyi lori askar)
yang kuat.

Perghh...kasi panas je.. ok tak apa. kita orang bukan nak berlumba pun. cuma nak peluh kan badan je. sambil-sambil kayuh santai menikmati keindahan pemandangan putrajaya.

ada plak kereta peronda (4WD) dua biji di belakang kami.. siap bunyi siren macam "polis".

Dalam hati apahal plak... kami tak buat apa2... aku kat depan akob je.
sambil terdengar speaker Kereta peronda..

Peronda: OK, ke BRO? tak apa kayuh perlahan-lahan saja..

AKU: Apa ke hal pulak nie.. sambil ketawa berdekah dekah.. sampai sakit perut aku.aku tak paham apa yang berlaku. (ya Allah apa lah salah kami).


Peronda pun potong dan tingglkan kami.

Ermm... lega... nyer..

Setiba kami di rumah banglo ditepi tasik..
ada balik SI PERONDA nie... Siap main2 siren plak.
aduh... "dia" datang lagi... pening wei...
aku bisik dengan akob.. kita berhenti kat salah satu gazebo(pondok) kat tasik tuh.

Brother peronda pun berhenti bersama dengan kami...

PERDONDA : OK tak?

Aku : tercenggang aku!#!@$#%$#%, tak sempat nak menjelaskan siapa diri kami sebenar.


PERONDA : Kalu tak larat... tak pe.. naik dengan kami.. beskal letak kat belakang kereta.
Akob : tak apa, tayar pancit je, ada PAM basikal?

PERONDA : tak pe bro, nanti pengsan tengah jalan. susah pula (Dia pun capai basikal akob letak belakang ll4WD) dengan sengal nyer.


Aku : Aku sempat melarikan diri.. tak apa saya ok saja. cuma tunggu kawan kat belakang.(aku kayuh ala Armstrong dengan selaju-laju meninggalkan si PERONDA tuh).

Save your life.. Run forest run...Dalam hati.. apa lah terjadi dengan kawan aku.

"tetiba" VROOOOOOmmmm motor marshal PJH... dia pun tanya aku.

Marshall : nak pergi mana adik..? (sebab aku dah menyempang ke laluan lain).


Aku : Aku buat "Dono"...(baru la marshall perasan aku bukan peserta kayuh). GILA!!!! aku hari nie... kenapa la terjadi kat aku dan akob...


Malangnyer akob diculik dalam keadaan sedar... sebijak-bijak manusia macam akob pun tumpas ditangan marshal.

aku teruskan kayuhan ala-ala Armstrong... kayuhan paling laju...yang pernah aku buat. kalau boleh tak nak nampak kelibat marshall tuh. Setiba aku kat masjid.. aku terus capai handphone aku.. kat mana la si akob? harap-harap dia "ok".

Tak sampai lima minit.. nampak kelibat akob.
Dia pun cerita.. apa yang terjadi.. kat atas kereta 4WD.
Rasa.. macam kena pukau..
Setiba disatu lokasi tidak diketahui.. 4WD berhenti seketika.. akob pun terjun dari 4WD itu.(gila mamat ini) alasan nyer.. takut si Marshall itu tahu yang akob nie bukan peserta. MAU kene maki dengan organizer.hehehehe

Marshall : nape turun?

Akob: tak apa.. saya boleh kayuh..(dengan terdesak nyer)
Akob pun kayuh dengan laju nyer.. ala-ala "anuar manan" (le tour de langkawi)...

Kami angkut basikal naik atas kereta..dan berambus...sebelum tersempak dengan PENCULIK A.K.A Marshall.

Sampai kat kedai mamak. Kita orang bercerita pasal nasib yang menimpa pada kami. tergelak tak ingat sampai keluar air mata.

Dah setahun aku berbasikal.. ini la pengalaman lucu aku..Huhuhu.


Pengajaran :
Penganjur...
-provide la tag number basikal ke... apa ke..senang nak kenal peserta.
-dengar explanation kami dulu..

KAMI
-Lain kali berhati-hati.
-Minta maaf bebanyak kat marshall.. kami mangsa keadaan.

Friday, May 28, 2010

Putrajaya RACE 31-Julai-2010


http://pcprace.blogspot.com/

Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat: Taman Cabaran Putrajaya (PCP), Presint 5, Putrajaya
Masa : 8:00 pagi - 5:00 ptg

Bayaran Penyertaan
-RM 50 seorang (RM 150 satu pasukan)

Disiplin Perlumbaan
-Team Race (3 orang satu team)

Format Pertandingan
-Setiap pasukan perlu menghabiskan perlumbaan sebanyak 3 pusingan. Secara berkumpulan ataupun individu.
-Masa setiap pelumba akan diambil setelah tamat 3 pusingan dan akan digabungkan menjadi masa kumpulan.
-Pasukan yang mencatat masa kumpulan terpantas untuk 3 pusingan akan dinobatkan sebagai pemenang perlumbaan ini.
-Mana- mana pelumba yang gagal menghabiskan perlumbaan akan menyebabkan pasukannya terkeluar dari saingan.

Hadiah pemenang
Tempat pertama : RM 1000
Tempat kedua : RM 500
Tempat ketiga : RM 300
Tempat ke 4 hingga ke 10 : RM 150

Setiap peserta akan menerima sebuah plak istimewa dari PCP , Sehelai Jersi T shirt kenangan- kenangan dan Goodies dari penganjur.

Makan tengahari juga akan disediakan kepada peserta.

Penyertaan dibuka sekarang dan borang penyertaan boleh didapati di PCP pada 14 Mei 2010. atau email kepada campro_z@yahoo.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2010.

Tempat adalah terhad kepada 130 pasukan sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Aslanz (PCP)- 017 2852855
Kamarul - 019 3013104

Wednesday, May 19, 2010

Blog terhenti seketika.

Salam sahabat mtb,

Lama rasa nyer tak update blog nie. almaklum baru bertukar kerja. busy sanggat sampai takde masa nak kayuh. Alhamdulillah... saya akan aktif semula setelah selesai semua kerja2 ditempat baru. tambahan thule rack ku sudah ku pasang menambahkan rasa ingin kayuh dengan semanggat nyer.

YEAHHH!

So, tunggu...